Nuffnang Ads

Cikgu Shah Reyel

Cikgu Shah Reyel
DUNIA TANPA GMO!!!!

Followers

Total Pageviews

Wednesday 8 May 2013


Mengapa Kita Menulis Blog?






Kat Malaysia aje ade berpuluh dan mungkin beribu blog yang ditulis oleh pelbagai lapisan umur, pelbagai topik, pelbagai tujuan dan macam-macam lagi. Ada blog yang mengisahkan tentang kehidupan seharian dan juga berkongsi kisah cinta teragungnya (semoga berkesudahan dengan perkahwinan sbb ramai yang turut serta dalam membaca dan mengikuti setiap kisah cinta sehariannya.). Ada juga blog politik yang saling menjatuhkan antara satu sama lain. Saling fitnah-menfitnah, saling memburukkan antara sesama insan demi untuk kepentingan fahaman dan sokongan masing-masing. Ada juga blog berkonsepkan keagamaan, berkongsi kisah-kisah pedoman, saling menginsafi sesama insan. Ada blog suka-sukablog carca marba - macam-macam ada (kebanyakan blog mmg mcm nie, ikut suka je nak tulis apa - termasukla blog nie), blog hujung nyawa @ blog nyawa-nyawa ikan - baru tulis dua tiga entry then 3 bulan kemudian barangkali baru tulis entry balik. Ada jugak blog yang menulis tentangcoretan perjalanan - berkongsi kisah, pengalaman, tips dan panduan melancong. Ada juga blog perniagaan - menjual pelbagai barangan (asal barang jadi duit), semuanya hendak dijual di blog. Macam-macam lagi la jenis blog yang ada.

Jadi, mengapakah kita menulis blog? Apakah tujuan sebenar menerjah dunia blogging nie? Saya dah mula berblog sejak tahun 2005 lagi. Dah macam-macam blog dah saya jumpa. Ada yang still hidup sampai sekarang dan banyak jugak blog yang dah tutup buku. Kalau tujuan nak menjana wang dari blog, berapa ramai sangat yang berjaya? Berniaga dengan membina blog perniagaan pun ramai yang tutup kedai. Mungkin tujuan menulis blog untuk suka-suka, mengisi masa lapang, meluahkan rasa yang terbuku dihati, berkongsi kisah suka duka dengan rakan-rakan maya dan pelbagai lagi. So, apa tujuan korang tulis blog? 

Saya menulis blog untuk pelbagai tujuan, sbb tu blog sy macam-macam ada ^_^ 

PERKENALKAN, CILI FM!



"Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya" 
tapi dalam kepedasan itu pasti ada kenikmatannya..
 macam sambal belacan, 
ramai yang suka.. 
kalau x pedas, x sedap lah masakan.. 
kalau suka pedas2,
 jom join kami di http://cilifm.blogspot.com/ .:Pedas Giler!!!


HIMPUNAN SUARA KERAMAT SUARA RAKYAT !!!




9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.

9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. Berpakaian kuning, ramai juga membawa bungan kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

Mereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Tuesday 16 April 2013


TAHNIAH JOHOR DT, WELL DONE SELANGOR!

Saya dok menunggu perlawanan favourite team saya, negeri klahiran dan saya dibesarkan , Selangor Darul Ehsan menentang team penuh bintang, Johor DT... 
Perlawanan suku akhir Piala FA...
Sejak pukul 8.00 malam, shake 1 2 3 Herbalife da siap awal untuk persiapan menonton perlawanan ini sahaja...

Adik angah siap pi stadium shah alam, nak tengok perlawanan ini live... 
Saya lak tak pi, nak berileks- rilkes di rumah ...

Mula main, selangor menguasai perlawanan..
Dan akhirnya amri yahyah@ mat gentel yang menjadi "bridge" untuk semua hantgaran permain selangor "one -two" situation mengasist kepada pemain mahal Selangor, Mahali Jasuli dan terus dishoot dari angle kiri ke far post gawang gol...

Dan....

Gollllllllllllllllllll!


Agregat selangor mendahului 3-1 ke atas johor dt

Msuk pemain import baru JDT, Nunez membawa malapetaka kepada Selangor..
Ditambah keluarnya Forkey Doe, ayam tambatan Selangor yang injured menambahkan garam di luka Selangor...

Nunez mnjaringkan gol pertama JDT dengan rembatan kaki kanan...
Nunez menambahkan garam lagi dengan gol ekdua JDT dengan rembatan kaki kiri pula...
Selangor semakin tidak bermaya, tambah lagi Bek Kental Kereta Kebal Selangor , Nasriq terkeluar..
Lagi slow permainan Selangor

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan kerana agregat terikat 3-3

Masa tambahan, kedua2 pasukan tidak dapat menambah gol...

Penentuan penalti

JDT menang penalti 4-1

Tahniah JDT...

Well done, Selangor!

Kita cuba lg untuk menang liga, piala AFC dan piala Malaysia lak ya, Selangor...

BOLA ITU BULAT..

TETAPI KEPUTUSAN PERLAWANAN KALAH MATI HANYA SATU SAHAJA,
MENANG ATAU KALAH...
SERI TIADA..

MENANG MELANGKAH...
KALAH BERUNDUR..

XPE, JANJI SELANGOR TETAP DI HATIKU!



Wednesday 10 April 2013


GEMBIRA MASUK RUMAH BARU

Pada tengah hari, saya mndapat panggilan daripada pemaju rumah baru saya di Seksyen 30, Shah Alam mengenai jemputan membayar bil air dan elektrik di pejabat mereka pada hari ini...

Saya gembira, bayang rumah baru semakin kelihatan...

Sesampainya di pejabat mereka pada pukul 4 petang, saya mengisi borang tersebut sambil dilayan mesara oleh dua orang pekrja berbangsa Cina, seorang lelaki dan seorang perempuan... 

Sambil mengisi juga, saya bersembang dgn salah seorang excutive di syarikat tersebut.. Di antara topik ialah tarikh dijangka masuk rumah...

Sambil berseloroh, excutive tesebut mnjawab "Hujung tahun ni , mungkin dah boleh masuk"

Saya mengira dengan jari... "Berapa bulan ya mulai sekarang?" "8 bulan lagi. Alhamdulillah..."

Saya mengucapkan syukur kepada Allah ... Alhamdulillah...

Siapa - siapa yang belum memiliki rumah, segeralah membeli rumah supaya kita dapat tinggal satu keluarga kita dengan perasaan tenang dan tenteram...


Monday 8 April 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD PETALING PERDANA

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Have you shake today!

Sejak dua menjak ni, saya sibuk sedikit menguruskan kerja - kerja di sekolah, peribadi dan Herbalife..

Kerja- kerja di sekolah, dalam proses setelkan...
1. Bulan Sains
2. SPPBS
3. Fail KSSR
4. Bilik KSSR

Kerja di sekolah yang sedang buat sekarang ni ..... Latihan dan membiimbing murid mewakili pasukan bola sepak sekolah...

Walau kalah pada perlawanan pertama pagi tadi, murid sekolah saya menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.. Peningkatan dari segi memberi hantaran "one - two" kepada kawan, menutup zon lawan, menjaga zon masing - masing dan mematuhi arahan jurulatih iaitu saya...

Kami, SK Taman Sri Muda kalah 0-3 kepada SK Seksyen 19, Shah Alam (nostalgia sebab SK Seksyen 19 ialah sekolah rendah lama saya belajar dahulu...

Tiada video dan gambar dapat diambil sepanjang perlawanan tadi....

Hanya nukilan daripada saya, kali ini..

Esok, kami berehat satu hari...

Lusa, tulat dan keesokan selepas tulat, kami ada game seterusnya memnentang SRAI Seksyen 19, SK Seksyen 20 dan taun rumah zon MSSD, SK Seksyen 24...

Kami masih ada peluang, kena menang ketiga- tiga perlwanan akan datang...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI!!


SIMPLE, MAGICAL AND FUN...

Thursday 21 March 2013

Selamat Beramal.....

BMI Calculation

My Blog List

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...