Nuffnang Ads

Cikgu Shah Reyel

Cikgu Shah Reyel
DUNIA TANPA GMO!!!!

Followers

Total Pageviews

Wednesday 8 May 2013


Mengapa Kita Menulis Blog?






Kat Malaysia aje ade berpuluh dan mungkin beribu blog yang ditulis oleh pelbagai lapisan umur, pelbagai topik, pelbagai tujuan dan macam-macam lagi. Ada blog yang mengisahkan tentang kehidupan seharian dan juga berkongsi kisah cinta teragungnya (semoga berkesudahan dengan perkahwinan sbb ramai yang turut serta dalam membaca dan mengikuti setiap kisah cinta sehariannya.). Ada juga blog politik yang saling menjatuhkan antara satu sama lain. Saling fitnah-menfitnah, saling memburukkan antara sesama insan demi untuk kepentingan fahaman dan sokongan masing-masing. Ada juga blog berkonsepkan keagamaan, berkongsi kisah-kisah pedoman, saling menginsafi sesama insan. Ada blog suka-sukablog carca marba - macam-macam ada (kebanyakan blog mmg mcm nie, ikut suka je nak tulis apa - termasukla blog nie), blog hujung nyawa @ blog nyawa-nyawa ikan - baru tulis dua tiga entry then 3 bulan kemudian barangkali baru tulis entry balik. Ada jugak blog yang menulis tentangcoretan perjalanan - berkongsi kisah, pengalaman, tips dan panduan melancong. Ada juga blog perniagaan - menjual pelbagai barangan (asal barang jadi duit), semuanya hendak dijual di blog. Macam-macam lagi la jenis blog yang ada.

Jadi, mengapakah kita menulis blog? Apakah tujuan sebenar menerjah dunia blogging nie? Saya dah mula berblog sejak tahun 2005 lagi. Dah macam-macam blog dah saya jumpa. Ada yang still hidup sampai sekarang dan banyak jugak blog yang dah tutup buku. Kalau tujuan nak menjana wang dari blog, berapa ramai sangat yang berjaya? Berniaga dengan membina blog perniagaan pun ramai yang tutup kedai. Mungkin tujuan menulis blog untuk suka-suka, mengisi masa lapang, meluahkan rasa yang terbuku dihati, berkongsi kisah suka duka dengan rakan-rakan maya dan pelbagai lagi. So, apa tujuan korang tulis blog? 

Saya menulis blog untuk pelbagai tujuan, sbb tu blog sy macam-macam ada ^_^ 

No comments:

Post a Comment

BMI Calculation

My Blog List

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...